Memiliki aset cair sangat berguna kerana ketika waktu memerlukan kita dapat terus “mencairkan” aset ini dan boleh digunakan serta merta. Apakah itu contoh aset cair? Wang simpanan dalam akaun simpanan kita adalah contoh sangat mudah. Ini adalah kerana disaat memerlukan aset ini, kita hanya pergi ke mana-mana mesin ATM , mencucukkan kad ATM anda, tekan jumlah pengeluaran dan wang sedia digunakan.
Manakala aset beku, adalah aset yang sukar dicairkan dalam tempoh serta merta. Contoh utama adalah hartanah. Ia adalah aset cair yang telah di “bekukan” menjadi sebuah rumah / pejabat / kedai yang mempunyai nilai. Kita boleh mendapatkan wang semula daripada jualan hartanah ini namun perlu mengambil masa yang agak lama tidak semudah contoh aset cair di atas.
Tahukah anda, aset cair yang sedang kita gunakan ini, akan bertukar menjadi aset beku yang bererti tidak boleh digunakan apabila pemegang akaun sudah meninggal dunia. Ia boleh digunakan semula selepas melalui proses pewarisan yang mengambil tempoh yang lama. Ini akan menyukarkan kepada waris ataupun anak untuk mendapat sumber kewangan bagi meneruskan kehidupan.
Pelan Takaful Keluarga adalah contoh sebaliknya. Jika pemegang sijil semasa hidup hanya membayar caruman bulanan, ia adalah seperti sesuatu yang agak tidak bernilai langsung dan tidak segera menjanakan wang. Namun demikian apabila peserta telah meninggal dunia ataupun lumpuh yang kekal, maka pelan Takaful Keluarga yang dahulunya dipanggil aset beku tidak langsung memberi faedah akan bertukar kepada aset cair yang boleh menjadi sumber pendapatan bagi meneruskan kehidupan.
Oleh yang demikian rancang kewangan anda. Jadikan perlindungan sebagai syarat utama dalam merancang kewangan anda. Pastikan anda mempunyai aset cair ketika menghadapi musibah kelak.
No comments:
Post a Comment